Misteri Roh Pelajar Tidak Tenteram

Semuanya bermula sekitar tahun 1870. Lucy Ann Perkins merupakan seorang guru. Dia ditugaskan mengajar di sebuah sekolah di Newburyports dalam daerah Massashussets, Amerika Syarikat.

Newburyports School Haunted mystery

Lucy tidak tahu ada sesuatu yang menghuni sekolah itu. Para penduduk sekitar dan guru-guru yang mengajar di situ sudah sedia maklum dengan kehadiran 'seseorang'. Namun, tidak ada seorang pun yang membuka mulut sewaktu Lucy mula mengajar.

Pernah suatu ketika semasa Lucy mengajar di dalam kelas, kedengaran pintu bilik darjah diketuk bertalu-talu. Gegarannya terlalu kuat sehingga dinding bilik itu terasa seperti bergoncang.

Menyangka mungkin ada sesuatu yang buruk sedang terjadi di luar, Lucy segera membuka pintu. Sebaik di buka, tiada sesiapa yang berada di luar bilik darjah. Malah, laluan pejalan kaki juga kosong.

Mana mungkin ada manusia yang mampu menggegar pintu kelas kemudian berlari menyembunyikan diri dalam masa yang singkat.

Dalam kejadian lain, loceng yang terletak di atas meja guru berbunyi tanpa henti padahal tiada sesiapa yang menyentuhnya. Loceng itu kemudian terapung di udara sebelum dihempaskan ke lantai.

Angin kencang juga sering bertiup dalam kawasan sekolah walaupun pada ketika itu cuaca sebenarnya sangat baik.

Biasan cahaya yang terang juga sering memenuhi bangunan oleh orang awam yang kebetulan melalui kawasan sekolah tersebut.

Adakah hanya Lucy yang ditimpa kejadian misteri ini? Tidak!

Selain guru-guru, penjaga dan tukang cuci yang bekerja di sekolah itu juga sering diganggu. Sampai ke satu tahap, mereka menjadi sangat takut untuk masuk dan membersihkan kawasan sekolah.

Buka itu saja, ramai pelajar juga tidak hadir ke sekolah kerana takut kepada gangguan yang tidak henti-henti muncul sewaktu pembelajaran berlangsung.

Gangguan demi gangguan yang dialami Lucy membuatkan dia kadangkala takut untuk ke sekolah. Namun, memikirkan tanggungjawabnya sebagai seorang guru, dia sedaya upaya menepis rasa takutnya.

Penduduk yang tidak tahan dengan pelbagai gangguan hingga menyebabkan anak-anak mereka takut ke sekolah mula menjalankan siasatan.

Newburyports School Haunted mystery [2]

Ada yang mendakwa salah seorang penduduk telah merasuah seorang kanak-kanak lelaki untuk mengaku bersalah di atas semua kekacauan yang telah terjadi di sekolah tersebut. Ini semua bagi menutup misteri yang masih gagal dirungkai.

Walau bagaimanapun, kanak-kanak bernama Amos Currier telah mengaku bersalah, kejadian-kejadian misteri tetap melanda sekolah itu. Ini membuatkan penduduk tidak mempercayai pengakuan Amos.

Kemudian, beberapa penduduk yang telah lama menetap di kawasan tersebut akhirnya menceritakan kejadian sebenar.

Khabarnya, kejadian misteri disekolah itu bermula pada tahun 1860. Seorang kanak-kanak telah melakukan satu kesalahan yang tidak dinyatakan. Sebagai hukuman, kanak-kanak itu telah dipukul dengan teruk sebelum dikurung dalam bilik bawah tanah di sekolah itu.

Keesokannya, kanak-kanak itu didapati sudah meninggal dunia. Kemungkinan akibat cedera teruk dipukul.

Kerana kes itu, sekolah Newburyports telah ditutup untuk beberapa ketika bagi meredakan keadaan. Beberapa tahun kemudian, sekolah itu dibina semula dan dibuka seperti biasa.

Sejak pembukaan semula sekolah itu, satu persatu kejadian misteri kembali menghantui guru-guru dan pelajar. Gagguan itu dikaitkan dengan roh kanak-kanak tersebut. Dikatakan rohnya tidak tenang dan mahukan keadilan.

Begitu juga dengan Lucy. Tidak tahan dengan gangguan yang dihadapi, dia akhirnya meninggalkan sekolah itu. Tidak lama selepas pemergian Lucy, sekolah itu telah dirobohkan dan dibina semula sebagai rumah persendirian.

Menurut cerita lagi, setelah dirobohkan, tiada lagi gangguan yang berlaku kepada pemilik rumah disitu.

Mungkin roh kanak-kanak itu hanya mahu membalas dendam kepada guru-guru yang menghukumnya. Siapa tahu..

Anak Ular Tedung Pelik Berkepala Dua

Yulin (China) – Walaupun tidak makan atau minum, seekor anak ular tedung berkepala dua yang dilahirkan dua minggu lalu masih hidup dan membesar.

ular tedung berkepala dua

Seorang penternak ular di sini, Huang Pan berkata, dia menemui anak ular tedung berkenaan ketika membersihkan telur ular di ladangnya.

Menurutnya, dia memberi tumpuan terhadap anak ular berkenaan, tetapi bimbang ia tidak boleh hidup lebih lama kerana masih tidak makan atau minum sejak dilahirkan.

Katanya, demi keselamatan ular itu, dia menyerahkannya kepada zoo di Nanning yang diharapkan dapat menjaga haiwan itu dengan baik.

Pegawai zoo, Li Keqi berkata, pihaknya tidak dapat memastikan sama ada ular itu akan hidup lebih lama walaupun keadaannya stabil ketika ini.

Penemuan anak ular berkepala dua pernah dilaporkan sebelum ini, tetapi kebanyakannya mati tidak lama selepas dilahirkan.

Awal tahun ini, seekor lembu melahirkan anak bermuka dua menjadi viral di Internet. –Agensi/myMetro Online

Proton Wira "Terbang" Selepas Hilang Kawalan


Baling, 25 Okt: Seorang pemandu kereta Proton Wira cedera ringan di kepala selepas kereta yang dipandunya "terbang" lalu tersangkut pada tiang pagar rumah dalam satu kejadian kemalangan di Kampung Teluk Teduri semalam.
Mangsa, Mohd Khairul Zaini Abd Rahman, 24, dalam perjalanan dari rumahnya ke arah Pekan Baling dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu.

Menurut mangsa, kejadian berlaku apabila dia tertekan pedal minyak sebaik menghampiri kawasan selekoh menyebabkan kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas.

"Apabila sampai di kawasan selekoh, saya mahu menekan brek tetapi tertekan pedal minyak menyebabkan kereta hilang kawalan lalu terbabas.

"Saya jadi panik dan tidak sedar kereta tersangkut. Apabila membuka pintu kereta barulah saya sedar tidak boleh turun kerana tergantung," katanya memetik laporan myMetro.

Bagaimanapun mangsa bersyukur kerana terselamat dalam kejadian tersebut. Keretanya tersangkut di atas tiang pagar setinggi dua meter dalam kejadian terbabit. - Siakapkeli.my





 

SULTAN TITAHKAN NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI

najib
SULTAN TITAHKAN NAJIB LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI | sepujuk surat yang didakwa titah sultan kepada perdana menteri malaysia Datok Sri Najib Tun Abdul razak dimana isi surat berkanan menyuruh beliau meletak jawatannya sebagai perdana menteri malaysia serta merta.
BERIKUT SURAT TITAH TERBUKA UNTUK PERDANA MENTERI MALAYSIA DATOK SRI NAJIB TUN ABDUL RAZAK.
2
ISI KANDUNGAN TITAH BERKENAN.
TITAH MENGISTIHARKAN SECARA RESMI PELETAKAN JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA DENGAN SERTA MERTA.
Beta selaku Raja utusan Allah Akhiruzaman dan raja agung malaysia yang sebenar ,menitahkan Dato’Sri Najib Tun Abdul Razak selaku perdana menteri malaysia ini untuk mengisytiharkan secara resmi kepada umuM peletakan jawatan Dato’ sri sebagai perdana menteri malaysia serta merta.
Titah ini di buat berdasarkan telah tamatnya PERJANJIAN ‘TREATY’ yang di tanda tangani oleh president amerika syarikat.Mr.barack Obama ketika kunjungan beliau ke malaysia pada 26-28 april 2014 yang lalu.dengan itu pemerintahan NWO telahpun beralih kepada KERAJAAN EMPAYAR LANGKASUKA NUSATARA (KELN) dengan resmi dan malaysia adalah sebagian dari Empayar KELN.tapak pemerintahan daulah islamiah kali ke II Akhir zaman.
Dengan ini tidak perlu dato sri menangguhkan pengisytiharan peletakan jawatan tersebut.titah ini bertujuan memudahkan tertegaknya pemerintahan daulah islamiah kali ke II berlandaskan AL QURAN & SUNNAH SAW dengan jayanya dan penyelesaian permasalahan hukum HUDUD yang menjadi isu sekarang.
Kepada pemangku beta nenda tuanku abdul halim mu’adzam shah ibni ALMarhum Sultan Badlishah,sultan kedah merangkap YPD angong malaysia betan memerintahkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya keatas warkah terbuka.
Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini? macam macam hal sekarang ini.Ekoran surat yang beredar di media sosial tersebut akhirnya menjadi bahan lawak pengguna facebook.

- Copyright © kukurakyat - Skyblue - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -